SOALAN LAZIM


 1.   Apakah Portal e-Bantuan CIDB? 
       Portal e-Bantuan CIDB adalah portal rasmi bagi CIDB di bawah Unit Perkhidmatan Pelanggan,
       Bahagian Komunikasi Korporat CIDB yang menawarkan bantuan kepada penggiat industri
       dan orang ramai bagi penyampaian respon aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran
       melalui internet secara atas talian.
       Semua maklumat tersebut akan dijawab atau dipanjangkan ke Unit Pelaksana yang berkaitan.

 2.   Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan e-Bantuan?
       Untuk penggiat industri dan orang ramai, tidak perlu.

 3.   Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan perkhidmatan e-Bantuan?
       Penggunaan e-Bantuan adalah PERCUMA kepada semua.

 4.   Perlukah saya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memasuki e-Bantuan?
       Anda tidak perlu mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk menggunakan Portal e-Bantuan.

 5.   Apakah kelebihan penggunaan Portal e-Bantuan?
       Melalui penggunaan e-Bantuan, isu orang ramai boleh disalurkan secara elektronik kepada
       Bahagian Pelaksana di CIDB yang terlibat menerusi satu portal sahaja.

 6.   Bagaimanakah cara-cara mendaftar maklumbalas melalui e-Bantuan?
       Maklumbalas boleh didaftar dengan mengisi borang atas talian yang disediakan.
       Maklumbalas berkenaan seterusnya akan dihantar secara elektronik kepada Bahagian
       Pelaksana di CIDB yang berkaitan.

 7.   Adakah butir-butir maklumbalas dirahsiakan?
       Ya. Semua butiran maklumbalas akan dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai,
       hanya Unit Korporat dan pelaksana di organisasi terlibat sahaja yang mengetahuinya.

 8.   Adakah Portal e-Bantuan menyediakan perkhidmatan 24 jam?
       Ya. Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan Portal e-Bantuan tanpa batasan
       waktu dan sempadan.

 9.   Adakah sesuatu maklumbalas itu akan diberikan nombor rujukan?
       Ya. Semua maklumbalas akan diberi nombor rujukan maklumbalas yang unik.

10.   Bagaimana caranya menyemak status maklumbalas?
        Orang ramai yang telah mendaftar maklumbalas mereka menerusi e-Bantuan boleh menyemak
        atau mengetahui kedudukan status perlaksanaan secara atas talian dengan memasukkan nombor
        rujukan maklumbalas bersama butiran sokongan kedua seperti MyKad, nombor telefon atau
        alamat e-mel. Butiran sokongan kedua hendaklah didaftarkan semasa pendaftaran maklumbalas
        asal.

11.   Bolehkah status maklumbalas itu dihantar melalui e-mel?
        Ya. Pengguna boleh mendapat kedudukan status perlaksanaan maklumbalas mereka menerusi
        e-mel sekiranya butiran e-mel didaftar semasa pendaftaran maklumbalas asal.

12.   Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuat maklumbalas selain daripada
        menerusi e-Bantuan?

        Sekiranya perlu, pengguna boleh berhubung secara terus dengan Unit Komunikasi
        Korporat CIDB melalui talian 1300 88 2432.

13.   Bagaimanakah cara-cara untuk menjadi pengguna berdaftar Portal e-Bantuan?
        Sebarang permohonan untuk menjadi Pengguna Berdaftar Portal e-Bantuan hendaklah dimajukan
        terus kepada Pentadbir Portal e-Bantuan menerusi talian 1300 88 2432.

14.   Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya lupa ID Pengguna dan Katalaluan saya?
        Pengguna berdaftar boleh mendapatkan semula katalaluan dengan menghubungi terus kepada
        Pentadbir Portal e-Bantuan menerusi talian 1300 88 2432.

KAEDAH PENGADUAN

Menawarkan bantuan kepada orang ramai bagi penyampaian respon aduan, cadangan, pujian,
pertanyaan dan teguran melalui internet secara atas talian.

Telefon
Menelefon Hotline CIDB Careline di talian: 1300 88 2432

Laman Web
Mengemukakan maklumbalas menerusi Portal e-Bantuan di http://ebantuan.cidb.gov.my

SMS e-Bantuan
Hantarkan SMS: CIDB <jarak> ebantuan <jarak> [maklumbalas anda] hantarkan ke 15888.

Dokumen Sokongan
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan (jika berkaitan),

  • Salinan dokumen berkenaan.
  • Salinan dokumen sokongan seperti sijil, pelan, resit dan sebagainya.
  • Lampiran gambar-gambar yang berkenaan.

 


SALURAN MAKLUMAT DARI PENGGUNA






JARINGAN DALAMAN CIDB

          
FEEDBACK MENU






CONTACT US

 For more information, please contact

CIDB Customer Service Unit
Telephone : 1300-88-2432
Website : ebantuan.cidb.gov.my