PERKHIDMATAN e-BANTUAN CIDB


Organisasi yang berurusan atau memberikan perkhidmatan kepada orang ramai akan menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk pertanyaan, aduan, cadangan, teguran dan pujian. Maklumbalas ini biasanya di salurkan melalui secara emel, telefon, bersemuka atau media.

Inisiatif mengadakan aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencermin perkhidmatan mesra pengguna. Oleh itu, CIDB merasakan pentingnya keperluan untuk mengadakan kemudahan ini khusus bagi membolehkan pengurusan dan pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik dan seterusnya menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.

Bagi mempertingkatkan keberkesanan interaksi, Portal e-Bantuan diperkenalkan di mana ia juga merupakan medan kepada pengguna yang inginkan apa juga permintaan maklumbalas berkaitan aktiviti CIDB.

Seterusnya, permintaan ini akan terus diberi respon atau disalurkan kepada pelaksana dalaman di CIDB. Pekhidmatan ini membolehkan orang awam mendapat informasi dengan cara yang berkesan di mana permintaan mereka akan melalui portal, terus kepada Bahagian pelaksana yang terlibat di CIDB. Portal ini seterusnya memudahkan akses orang ramai kerana hanya perlu mengingati satu ‘pintu’ portal bantuan sahaja.

          
MENU MAKLUMBALAS






HUBUNGI KAMI

 Untuk Keterangan Lanjut, sila hubungi

Unit Perkhidmatan Pelanggan CIDB
Telefon : 1300-88-2432
Laman Web : ebantuan.cidb.gov.my