PANDUAN PENGGUNA

Setiap Pengguna atau Pelanggan perlu memasukkan ID Pengguna dan Katalaluan yang sah
sebelum dibenarkan memasuki portal ini. Penggunaan ID Pengguna dan Katalaluan berganda
tidak dibenarkan pada waktu yang sama. Untuk tujuan keselamatan anda disyorkan supaya kerap
menukar katalaluan anda. Penukaran katalaluan boleh dibuat terus dihalaman Profil Pengguna.

1.  MESEJ SEKIRANYA BERLAKU RALAT

(a)  Please enter both Username and Password !
       Sila nyatakan ID Pengguna dan Katalaluan anda !

(b)  Parameters mismatched, no record found !
       Kombinasi ID Pengguna dan Katalaluan yang dinyatakan tidak sepadan, tiada rekod dijumpai!.

(c)  Site access privilege has been suspended !
       Capaian ke sistem telah hentikan oleh sebab-sebab tertentu.

(d)  You or someone using your login credentials have logged in !
       Anda mungkin telah login di komputer yang lain tetapi tidak log keluar dengan cara
       yang betul atau pun orang lain memang sedang menceroboh sistem menggunakan butiran
       login anda. Sila log semula dan keluar dengan cara yang betul di komputer yang sama
       di mana kali terakhir anda memasuki sistem.

2.  TAMAT SESI

Sesi tamat automatik yang telah ditetapkan ialah 45 minit. Ini bererti, sekiranya capaian sistem tidak aktif selama 45 minit, sesi capaian tersebut akan ditamatkan dengan sendirinya. Anda perlu login semula untuk menyambung kembali sesi yang telah ditamatkan.

3.  KATALALUAN

Kesemua katalaluan dienkripsi mengikut teknik algoritma sehala. Sekiraya anda terlupa katalaluan
atau anda mengesyaki katalaluan anda telah diceroboh, anda boleh hubungi segera pihak
Unit Perkhidmatan Pelanggan CIDB untuk mengubah (‘reset’) katalaluan anda. Anda boleh
memilih untuk terus menggunakan katalaluan baru ini ataupun menukarnya pada bila-bila
masa melalui skrin Profil Pengguna.

4.  BANTUAN SELANJUTNYA

Untuk bantuan selanjutnya, anda boleh hubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan CIDB
di talian 1300-88-2432 (waktu pejabat).

MENU MAKLUMBALAS








HUBUNGI KAMI

 Untuk Keterangan Lanjut, sila hubungi


Unit Perkhidmatan Pelanggan CIDB
Telefon : 1300-88-2432
Laman Web : ebantuan.cidb.gov.my